Trip to Xian, China (Part 1)

Trip yang tertunda dari Oktober ke Februari tahun berikutnya, akhirnya dapat direalisasikan. Perjalanan kami ke Xian, China bermula dari KLIA 2 menaiki AirAsia X. Waktu berlepas 6.30pm dan selamat tiba di Xi’an Xianyang International Airport jam 12.45am (waktu Xian). Sebenarnya waktu Xi’an dan waktu Malaysia adalah sama sahaja. Perjalanan mengambil masa 45 minit dari airport ke hotel penginapan Shanxi Wenyuan Hotel Xi’an

6 hari 5 malam di Xi’an, kami menggunakan perkhidmatan Kathy Chen Private Tour untuk 3 hari sahaja termasuk menjemput dan menghantar ke Airport. Itinerary hari pertama kami disini adalah Muslim Quarter (Muslim Street).  Oleh kerana lokasi hotel kami  bersebelahan dengan  Muslim Quarter (Muslim Street)   kami hanya berjalan kaki sahaja untuk “explore”. Luas kawasan Muslim Street ni,  Ben Yuan Men Street dan Hua jae lane antara jalan utama yang sempat kami jejaki.  Istimewanya di Muslim Quarter @ Muslim Street Food, berbagai jenis makanan, buah-buahan, pakaian, daging kambing dan sebagainya

                                        RouJiaMo. Sejenis roti berinti daging.

Antara makanan istimewa wajib dicuba adalah RouJiaMo. Ianya adalah sejenis roti yang berinti daging.  Stall yang menjual RouJiaMo ni sentiasa menjadi tumpuan dan orang beratur panjang. Kami pun pun tumpang sekaki jugak lah beratur. Alhamdulillah dapat la juga merasa roti yang istimewa ini.

  ‘Gui Hoa Gao’

‘ Gui Hoa Gao’ manisan kek yang dikukus dengan hiasan kurma sebagai topping ni antara makanan  yang popular. Manisnya tu sebab kurma tu bersalut gu ula Sedap juga. Hehehe bab makan kan, semuanya sedap saja.   Kalau kita travel ni, yang seronoknya, cuba lah rasa makanan tempatan mereka.

Spicy grilled squid.

 

Yang ini tak tau namanya apa. Buah nenas yang didalamnya ada pulut dan dikukus. Ada strawberry di atas. Rasanya ada manis, masam dan lemak.   Mungkin tak berapa kena dengan tekak kami, beli sebiji ni dan kongsi empat orang.   Akan tetapi makanan ni sangat popular di sini.

 

 

 

 

 

 

Semasa kami jalan-jalan tengok suasana malam di Muslim Street ni, tetiba dengar orang beri salam “Assalamualaikum”, Malaysia?   Apakabear? sambil wajah tersenyum, Pabila salam berbalas, Makcik ni yang fasih berbahasa Melayu menceritakan dia pernah tinggal dan bekerja di Alor Setar selama 8 tahun.    Setiap malam beliau menaiki basikal menjual jagung rebus di Muslim Street ni. Orangnya sangat ramah dan mesra.  Pada malam kedua, kami terjumpanya lagi dan dari jauh beliau sudah tersenyum lebar.  Anak perempuannya juga bekerja di area Muslim Street ni di Stall Cili Oil.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *